Wednesday, April 29, 2009

Video dalam KT



Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menjadikan p&p yang lebih menarik serta video ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran. Murid-murid sentiasa teruja untuk menonton video dan penerapan nilai lebih mudah diterangkan dengan mengambil contoh dalam video.

Video yang disertakan dalam entri kali ini ialah bertajuk 'Lee Yan's Best Friends' arahan pengarah prolifik Yasmin Ahmad untuk Petronas bagi sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri 1997. Kisah yang tersirat dalam video ini sesuai digunakan bagi tajuk Hidup Berjiran. Ia menunjukan semangat tolong menolong sesama jiran yang tinggi walaupun berlaku pergolakan kaum di luar.

Guru perlu menerangkan tentang semangat bersatu padu dan saling toleransi dapat membentuk sebuah negara. Ini boleh dikaitkan dengan sebuah komuniti yang bersatu padu walaupun berbilang bangsa.

Jiran Sebagai Sebahagian Daripada Komuniti


1. Suatu komuniti terdiri daripada beberapa buah keluarga.

2. Dalam satu kawasan, ada keluarga yang tinggal berhampiran antara satu dengan yang lain dan ada juga keluarga yang tinggal berjauhan.

3. Keluarga-keluarga yang tinggal berhampiran antara sata dengan lain dikatakan berjiran.

4. Keluarga-keluarga yang berjiran dan keluarga-keluarga yang tinggal berjauhan di kawasan tersebut membentuk suatu komuniti.

5. Setiap ahli komuniti saling berkerjasama dan saling memerlukan satu dengan yang lain.

6. Biasanya ahli komuniti saling bertemu dab menggunakan kemudahan awam yang sama termasuk kedai, tempat-tempat ibadat, taman rekreasi, sekolah, pasar, balai raya, pejabat pos, dan dewan serba guna.

7. Sesetengah komuniti mempunyai pertubuhan sukarela sendiri seperti Rukun Tetangga, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rela, Ahli Jawatankuasa Surau, dan Pertubuhan Belia.

8. Pertubuhan-pertubuhan sukarela ini memberikan khidmat dan sumbangan kepada komuniti, misalnya :
a) menjaga keselamatan harta benda awam dan harta benda ahli komuniti;
b) merancang aktiviti berfaedah untuk ahli komuniti seperti mengadakan kelas-kelas bimbingan, gotong-royong, hari keluarga, dan kerja-kerja kebajikan;
c) merancang pembangunan fizikal dan keindahan kawasan setempat.


Contoh-contoh soalan Objektif bagi tajuk Jiran

Sila Klik Di Sini Untuk melihat soalan

Wednesday, April 22, 2009

Jiran (menghayati adab berjiran)





Berdasarkan kamus dewan, jiran ialah orang yang berada dekat dengan rumah kita manakala mengikut tesarus bahasa dewan jiran ialah jiran: tetangga, orang sebelah, orang sekampung, teman; berjiran: bertetangga, berhampiran, sebelah-menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa, setempat; kejiranan: kemuafakatan, kerjasama, kesepakatan

Berdasarkan syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita samada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.

Hak Dan Kewajipan Kita Terhadap Jiran.
1) memberi sedekah atau hadiah.
2) ziarah-menziarahi.
3) menjaga rumah mereka jika jiran tiada dirumah.
4) bertegur-sapa apabila bertemu.
5) bergotong-royong.
6) mengucap tahniah jika mereka berjaya.
7) mengucap takziah jika mereka menghadapi kesusahan.

Integrasi Nasional
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai.
Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.
Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.

Monday, March 30, 2009

Jenis-Jenis Rumah di Malaysia



Topik ini adalah topik dalam Kajian Tempatan tahun 4

Murid-murid telah belajar mengenai petempatan awal, faktor mempengaruhi kepadatan, dan fungsi rumah.

Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah tradisional dan rumah moden.

Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya

Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden pula dibina menggunakan batu bata, simen, besi, dan kaca.

contoh rumah tradisional :

rumah limas Johor




rumah Minangkabau



Rumah Pahang



Rumah Melaka



Rumah Kutai (Perak)


Rumah Bajau (Sabah)



Rumah tinggi Melanau (Sarawak)



rumah moden




rumah banglo


rumah teres


rumah pangsa

Thursday, March 5, 2009

Salam Perkenalan

Pada Hari ini maka dengan bangganya saya menyediakan blog ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai bakal guru diharapkan blog ini dapat membantu mereka yang memerlukan