Saturday, March 19, 2011

Definisi Jenis Rumah

Selamat kembali ke sekolah, maaf kerana tiada kemas kini yang terbaru. Saya bertugas di sebuah sekolah di Kuala Lipis, Pahang. Internet tiada, mengharapkan pada internet sekolah yg server down.

ok, terdapat permintaan bagi definisi jenis rumah..

Rumah Moden :

1) Rumah Teres

Rumah teres/ berangkai - rumah yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah sebelah. dibina sekurang-kurangnya tiga unit. rumah jenis ini banyak terdapat di kawasan bandar dan pinggir bandar.

2) Rumah Pangsa

rumah pangsa - bangunan bertingkat yang mengandungi unit rumah berasingan. terdapat kemudahan asas seperti kedai, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah dan lif. rumah ini diklasifikasi sebagai rumah mampu milik. banyak terdapat di kawasan bandar raya seperti Kuala Lumpur.

3) Apartmen

apartmen - bangunan bertingkat dengan unit rumah yang berasingan. keluasan unit rumah lebih luas berbanding rumah pangsa. kemudahan yang disediakan pemaju antaranya dewan, gimnasium, kolam renang, dobi dan kawalan keselamatan.

4) Rumah Banglo

rumah bangl0 - dibina dengan setiap unit tidak bersambung antara satu sama lain. dengan erti kata lain, rumah banglo tidak berkongsi dinding dengan rumah yang lain seperti rumah teres. rumah banglo boleh dibina secara persendirian di atas tanah lot ataupun dibina oleh pemaju di kawasan perumahan.

Friday, October 8, 2010

Jenis Rumah di Empat Zon Iklim

Salam, dan bertemu kembali. Harap maaf kepada murid yang meminta bantuan untuk mencari bahan bagi folio KT mereka. Biasalah, sibuk sikit.

Ramai yang meminta bahan mengenai jenis rumah.

Jenis rumah yang ada di Malaysia terbahagi kepada dua :

1) Rumah tradisional
2) Rumah moden



Zon Sederhana Sejuk

- bumbung rumahnya berbentuk huruf 'V' terbalik.
- memudahkan salji turun pada musim sejuk
- mempunyai serombong asap (rumah jenis ini terdapat pendiang api untuk memanaskan rumah)




Iglu (Igloo) tupik

Zon Sejuk

- contohnya Iglu dan tupik yang didiami oleh orang Eskimo
- Iglu diperbuat daripada ketulan ais dan berbentuk separa bulatan
- pada musim panas, orang Eskimo tinggal didalam tupik (khemah) yang diperbuat daripada bulu binatang.




Zon Sederhana Panas

- atap berbentuk 'V' terbalik bagi membolehkan air hujan turun
- tidak mempunyai serombong asap
- lazimnya zon ini tiada salji yang turun
- banyak terdapat di negara Asia.


Zon Panas

- Bumbung rata (boleh dijadikan tempat menyimpan air, tempat menjemur pakaian)
- diperbuat daripada batu bata
- boleh menahan ribut pasir

Friday, July 30, 2010

Kesultanan Melayu Melaka

Melaka, pada ketika ini kebanyakkan sekolah sudah melewati silibus Kajian Tempatan Tahun 5 pada topik Kesultanan Melayu Melaka.

Kebanyakkan bahan rujukan mengenai topik/ bab ini banyak. Khususnya jika dirujuk bahan yang disediakan bagi rujukan PMR. Guru harus menyesuaikan bahan-bahan ini agar bersesuaian dengan tahap kefahaman murid.

Penggunaan main peranan, lakonan adalah bersesuaian bagi tajuk ini.

Wednesday, October 28, 2009

Kajian Tempatan Tahun 5: Penentangan Terhadap Penjajah

Pemimpin dan Tokoh Tempatan (nota untuk murid & guru)

Sultan Mahmud Shah

1. Baginda merupakan sultan Melaka yang terakhir. Telah hilang tampuk kuasa akibat penjajahan Portugis.

2. Sultan Mahmud berusaha menguasai Melaka dan menentang Portugis. Melancarkan serangan sebanyak tiga kali dari tahun 1515-1519.

3. Masih gagal menguasai Melaka, walaupun dengan bantuan askar dari Muar.

4. Pertahanan Portugis di Melaka bertambah kukuh dengan kota A'Famosa.


Raja Haji

1. Berketurunan Bugis, digelar sebagai Yamtuan Muda dalam kerajaan Johor-Riau.

2. Menetang Belanda kerana mahu menghalang penjajahan Belanda di Riau

3. Terbunuh dalam satu pertempuran di Teluk Ketapang, Melaka.

Dato'Maharaja Lela

1. Salah seorang pembesar Perak.

2. Membunuh residen British iaitu J.W.W Birch di Pasir Salak kerana pertikaian mengenai cukai serta adat-adat Melayu pada tahun1875.

3. Beliau telah dihukum gantung oleh British.

Rentap

1. Ketua kaum Iban di Sungai Skrang, Sarawak.

2. Menentang James Brooke kerana Brooke cuba menghapuskan penempatan kaum iban.

3. beliau menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853.

3. Terkorban akibat serangan James Brooke di Bukit Sadok pada 1863.

Mat Salleh

1. Pembesar Sulu di Sungai Sugut.

2. Menentang Syarikat Borneo Utara Britsih yang mengenakan cukai tinggi kepada penduduk tempatan serta melarang pembesar tempatan mengutip cukai.

3. pada 1900, Mat Salleh telah terkorban akibat serangan British .


Force 136

1. Sebuah pasukan gerila yang ditubuhkan semasa Perang Dunia ke Dua untuk menetang Jepun di Tanah Melayu.

2. Mendapat latihan dan bekalan senjata dari British. Kebanyakkan ahli terawal Force 136 ialah bekas anggota dan pegawai tentera British.

3. Mempunyai pusat operasi di Sri Lanka (dahulu Ceylon) dan India.

4. Bertujuan untuk menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu untuk menentang kezaliman Jepun.

5. Mengumpulkan ahli-ahli dalam kalangan pemuda Melayu.

Thursday, August 6, 2009

Sejarah Melaka

Sejarah Melaka

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Saturday, May 2, 2009

Contoh Soalan Untuk Topik Jiran Sebahagian Daripada Komuniti

1. Antara berikut, manakah yang paling penting dalam sesebuah komuniti?
A) penduduk
B) kemudahan awam
C) pekerjaan
D) perhubungan

2. Tujuan utama penubuhan Rukun Tetangga di sesebuah komuniti ialah...
i menjaga keselamatan kawasan sekitar.
ii mengeratkan hubungan jiran tetangga.
iii meringankan beban pihak berkuasa.
iv menambahkan pedapatan penduduk setempat.
A) i dan ii
B) ii dan iii
C) iii dan iv
D) i dan iv

3. Yang berikut harus dijadikan sebagai teladan, kecuali...
A) menghormati jiran kita tanpa mengira kaum
B) menolong jiran kita yang ditimpa kesusahan saja
C) mengambil tahu akan keadaan jiran kita
D) bertolak ansur dengan jiran kita

4. Antara berikut, manakah yang dapat menyebabkan sesuatu komuniti berpecah-belah?
A) semangat muhibbah
B) semangat kerjasama
C) semangat kejiranan
D) semangat perkauman

5. Jiran Ali berbangsa Punjabi, Antara yang berikut, perayaan manakah yang mungkin sekali dirayakan oleh jiran Ali?
A) Hari Wesak
B) Hari Easter
C) Deepavali
D) Vasakhi

Wednesday, April 29, 2009

Video dalam KT



Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menjadikan p&p yang lebih menarik serta video ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran. Murid-murid sentiasa teruja untuk menonton video dan penerapan nilai lebih mudah diterangkan dengan mengambil contoh dalam video.

Video yang disertakan dalam entri kali ini ialah bertajuk 'Lee Yan's Best Friends' arahan pengarah prolifik Yasmin Ahmad untuk Petronas bagi sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri 1997. Kisah yang tersirat dalam video ini sesuai digunakan bagi tajuk Hidup Berjiran. Ia menunjukan semangat tolong menolong sesama jiran yang tinggi walaupun berlaku pergolakan kaum di luar.

Guru perlu menerangkan tentang semangat bersatu padu dan saling toleransi dapat membentuk sebuah negara. Ini boleh dikaitkan dengan sebuah komuniti yang bersatu padu walaupun berbilang bangsa.