Wednesday, April 22, 2009

Jiran (menghayati adab berjiran)





Berdasarkan kamus dewan, jiran ialah orang yang berada dekat dengan rumah kita manakala mengikut tesarus bahasa dewan jiran ialah jiran: tetangga, orang sebelah, orang sekampung, teman; berjiran: bertetangga, berhampiran, sebelah-menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa, setempat; kejiranan: kemuafakatan, kerjasama, kesepakatan

Berdasarkan syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita samada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.

Hak Dan Kewajipan Kita Terhadap Jiran.
1) memberi sedekah atau hadiah.
2) ziarah-menziarahi.
3) menjaga rumah mereka jika jiran tiada dirumah.
4) bertegur-sapa apabila bertemu.
5) bergotong-royong.
6) mengucap tahniah jika mereka berjaya.
7) mengucap takziah jika mereka menghadapi kesusahan.

Integrasi Nasional
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai.
Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.
Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.

No comments: